Logo

Präsentation: Konsep Asas Moral

KONSEP ASAS MORAL

DEFINISI KONSEP

Dalam memperkatakan konsep asas moral, kita patut meneliti konsep-konsep berikut: moral, etika dan akhlak. Tidak dapat dinafikan adalah penting kita memahami konsep-konsep ini yang saling berkaitan untuk mencari pengertian terhadap aspek moral dalam kehidupan sesebuah masyarakat.

1 / 22

'MORAL'

DEFINISI PERKATAAN

Perkataan 'moral' berasal daripada perkataan 'mores' - bahasa Yunani yang membawa erti: tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Oleh itu, moral merupakan nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah diri, belas kasihan dan berkait dengan beberapa peraturan seperti tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undang-undang, norma dan adat dalam mana-mana masyarakat yang dimaksudkan.

2 / 22

'MORAL'

Sambungan

Perkataan 'moral' berasal daripada perkataan Latin 'moralis' bermaksud tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila sesebuah masyarakat. Istilah moral meliputi sifat-sifat luhur seperti baik hati, belas kasihan, tolong-menolong, bersih, berani, adil, berkasih sayang, toleransi, bersosialisasi dan rajin.

3 / 22
Konsep
Akhlak
Konsep
Konsep
Kemoralan
Konsep
Pendidikan
Moral
Konsep Etika
⬅️
➡️
⬆️
⬇️
4 / 22

Konsep Kemoralan

Setiap masyarakat mempunyai adat resam, tatasusila, atau tatahukum dan peraturannya sendiri. Peraturan-peraturan sosial masyarakat ini sama ada wujud secara tercatat atau tersirat dalam sosial budaya setiap kaum itu dan biasa digunakan sebagai kayu ukur kemurnian individu itu dalam masyarakatnya. Kemurniaan ini termasuk sikap amanah, kejujuran, kesucian, dan sebagainya. Oleh itu, Kemoralan merupakan sesuatu yang berkaitan dengan peraturan-peraturan masyarakat yang diwujudkan di luar kawalan individu itu.

5 / 22

Konsep Pendidikan Moral

Pendidikan Moral merupakan mata pelajaran yang menekankan aspek-aspek kerohanian, kemanusiaan, dan kemasyarakatan. Tumpuan khusus akan diberi kepada pemupukan, penghayatan dan amalan nilai murni yan terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di Malaysia.

6 / 22

Konsep Etika

Etika berasal daripada perkataan Greek, iaitu 'ethos' yang bermaksud adat atau cara hidup. Konsep ini merupakan sains atau kajian tentang falsafa moral, perlakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral dan ciri-ciri kehidupan yang baik. Konsep ini biasa dihasilkan untuk menjadi garis panduan kepada sesuatu kumpulan untuk menjamin kebaikan kumpulan asas persatuan mereka seperti etika keguruan, etika guaman dan sebagainya.

7 / 22

Konsep Akhlak

Akhlak merupakan perlakuan baik atau budi pekerti seseorang. Akhlak dianggap sebagai tingkah laku seseorang yang dilakukan secara spontan kerana kebiasaan jiwa atau sifatnya yang baik.

8 / 22
Konsep Benar
Konsep Baik
Konsep Patut
9 / 22

Konsep Benar

Perkataan 'benar bermaksud betul dan mengandungi ciri-ciri penjelasan nilai.

  • Kebenaran mutlak: Kepercayaan kepada Tuhan dan menurut ajaran agama tugas kebenaran yang mutlak.
  • Kebenaran secara saintifik: Sesuatu kebenaran dibuktikan dengan fakta-fakta atau maklumat yang dikumpul dan dianalisiskan secara saintifik.
  • Kebenaran secara relatif: Ia tidak mutlak dan mempunyai pantang larang dan peraturan adat.
10 / 22

Konsep Patut

❖ Perkataan ‘